Friday, January 1, 2010

SALASILAH BUAH PUKUL (updated)



SAIDINA SAMAON
TOK BERTUAH KEMIAN
ENCIK ABU HASSAN DATO PATINGGI
SYED ABDULLAH ALSAGAF YUNAN
HJ ABDULLAH

Adapun pada menyatakan perihal kedatangan permainan Buah Pukul ke Tanah Melayu dan sempai ke Mersing ianya di bawa oleh tuan SYED ABDUL RAHAMAN YUNAN dari negeri Yunan,CHINA. Dua
muridnya disini yang ada dalam catatan dalam NUKIL ialah;

  1. AWANG BIN ALI   S.M.J (Awang Daik)
  2. MUHAMAD YASSIN BIN YUNOS (Pak Long mat yassin)

Mengikut dalam Nukil, Awang Daik menerima IJAZAH dari tuan Said pada 5 Januari 1897 di Bandar Maharini, Muar.

Di bawah ini adalah murid Awang Daik di MERSING:          
                                                                          

  1. Muhamad Yassin bin Kubong(Pak Teh Mat Yassin)
  2. Wan Chik
  3. Awang Langar
  4. Encik Ali
  5. Wan Nawang
  6. Taib bin Muhamad Amin.

                                                                            
Di bawah ini adalah anak murid PAK LONG MAT YASSIN di MERSING:

  1. Awang Tarik
  2. Pak Ngah Bentan
  3. Isa Bin Sulaiman
  4. Othman B Abu Samah
  5. Hussin B Abu Samah
  6. Yusof B  Abu Samah
  7. Awang Chik
  8. Long Kadir
  9. Kassim Bin Muhamad Salleh
  10. Ali
  11. Taib
  12. Yaakob Bin Tera
  13. Ariffin Bin Alang Majid
Adapun Abdul Rahaman Bin Awang Chik (Chu Aman) ialah anak murid kepada Pak Teh Mat Yassin dan murid kepada Yakub Bin Tera. Beliau ada dua guru, satu dari sebelah Awang Daik iaitu Pak Teh Mat Yassin dan dari sebalah Pak Long ialah Yakub Bin Tera.
Adapun Sani bin Abu Samah (Pak Sani) ialah murid kepada Isa bin Suliaman yang merupakan murid kepada Pak long. Pak Teh Mat Yassin pula adalah murid kepada Awang Daik. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa Pak Sani juga dapat dari kedua-dua belah.

Adapun saya telah belajar BUAH PUKUL MERSING sejak umur saya 12 tahun dari beberapa orang guru dari kedua belah pihak. GURU pertama saya ialah CHU AMAN. Saya mula menuntut dengan beliau sejak dari  tahun 1959. Belum pun sempat saya menamatkan pelajaran dengan beliau, beliau telah dipanggil ke Rahmatullah. Selepas itu, saya telah menuntut dengan muridnya, JAAFAR B. ENDUT dan beberapa orang murid kanan CHU AMAN Abu Bakar bin Isnin (pak Bong) mandor Hamzah -Abdrahman Majid  Muhamad B Cik-Cik B Alidan Ali B Matzin(pak ngah Ali) merupakan anak murid Pak teh Mat Yassin sehinggalah saya telah di anugerahkan IJAZAH oleh guru saya SANI B ABU SAMAH pada 6 Januari 1972 di MERSING, Johor.


(For a better image result, do click on the chart)

13 comments:

  1. Salasilah Buah Pukul Mersing yang dipaparkan oleh Pak Mat sedikit sebanyak dapat dijadikan rujukan untuk generasi kini. Diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas bagi aliran Buah Pukul dimana asal usul kita. Jangan pula ada pihak yang mengambil kesempatan dimana segala paparan sudah ada, cuma tinggal 'copy & paste' dan mengaku milik asal mereka.- Azran @ Angah, Mersing

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus utk kazanah negara.
    adapun mat samurai pena dengar nama Mail puaka x?
    mail puaka mersing???

    ReplyDelete
  3. As salam,
    Ada juga nama yg tertinggal iaitu Shawal Alludin (Din Wakiman) bin Wakiman anak murid bongsu pada Pak Cu Aman.....

    ReplyDelete
  4. As Salam,
    Aku anak murid Allahyarham Pak Jaafar sahabat baik ngan orang tuaku..dan beliau juga anak murid pada Atukku Wakiman......ada simpan, jual kena beli, mengata jangan.....

    ReplyDelete
  5. salam...
    sy ni blaja jgk buah pukul...
    lame dlu...
    dgn ada nya blog ank saya ni,boleh la sy nak brtanya kan sesuatu kpd mat samurai...
    lian satu hingga empat sy masih igt...
    tp lian lima dgn lian enam ta berapa nak jelas la di ingatan sy....
    boleh tak terang kan mcm mane pergerakan nya....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,,tok guru mat samurai..saya anak seman kucing nak belajar seadanya ilmu yg ada ..zaidi

    ReplyDelete
  7. Awang Langgar moyang saya. Ed Azmera bin Mohamed Salleh bin Ali bin Awang Langgar.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Ingin mempelajari buah pukul?Boleh lah sertai kursus pencak pukulan 13 yg diadakan di Sg.Congkak,Hulu Langat.Utk maklumat lanjut,boleh layari blog pencak pukulan 13(http://pukulan13.blogspot.com/2011/09/penyertaan-kursus-seni-pertahanan-diri.html)dan facebook pencak pukulan 13(http://www.facebook.com/pencakpukulan13)

    ReplyDelete
  10. http://pukulan13.blogspot.com/2011/09/penyertaan-kursus-seni-pertahanan-diri.html

    ReplyDelete
  11. http://www.facebook.com/pencakpukulan13

    ReplyDelete
  12. salam, adakah syllabus pembelajaran dulu dan sekarang sama?

    ReplyDelete
  13. atuk saya anak murid pak ngah bentan dan che wan chik di rompin..

    ReplyDelete