Saturday, January 9, 2010

Pesan Buah Pukul




"Maka kita himpunkan sekelian pengenalan di dalam hati kita pandang dengan mata hati akan penglihatan (basar), pengetahuan hati kita (ilmu) dengan jazam yang putus (ainul yaqeen), percaya dengan (al-iman yang putus) yang tertakluk dengan (budi bicara akal) yang membukakan hijab Waham dan was was (syaitan) di dalam kandungan nafas .................................. sekian lengkap dengan terkandung ................................. rukun dengan (dua) alat iaitu ukuran dan jangkaan.


Adapun mata itu dilazimkan dengan pandangan yang tetap berkekalan pada sekelian hal yang tetap bergerak-geri dan sebagainya, itu lah yang dinamakan tertib pada jalan perbalahan yang membawa akan dia kepada bahaya. Maka jangan lupa dan lalai pada satu 'kholad' sekalipun melainkan ingat semata-mata telek kepada dua gerak yang zahir dan batin.


Maka jika lupa dan lalai pada setengah ketika jua pun akan beroleh bahaya dan binasa jua. Maka jika lalai kita dengan was was dan 'iflah di dalam hati kita ketika itu................................... Dan tiada hasil menolakkan khuatir dan was was hanyalah apabila berserta dengan muhibbah (kasih) akan guru dan jika suci pada muhibbah dengan guru, tiada hasik menolakkan faedah................ pada menolakkan sekelian khuatir yang mendinding pada pintu yakin."

Mat Samurai

No comments:

Post a Comment