Monday, December 7, 2009

AGAMA

Perasaan anda tergangu,kerana: :
Takut apa orang akan kata?
Takut kepada ketua?
Takut akan di buang kerja?
takut di tinggal kan buah hati?
Takut tak kahwin?
Takut suami cari orang lain?
atau bermacam-macam takut lagi?Pernahkah anda mencari satu ubat yang boleh menghilang kan semua jenis takut itu?
ALLAH telah memberi kan ubat nya dalam SEMBAHYANG Bila sembahyang di laku kan dengan penuh khusuk,tidak ada lagi takut yang tinggal di dalam hati.Bila anda sembahyang anda akan yakin hanya ALLAH saja yang berkuasa.ALLAH saja yang mampu mengubah segala-segala nya ALLAH saja yang boleh memberi manfaat dan mudarat .Tunai kan lah sembayang dengan sempurna,Insyaallah,ALLAH AKAN MENYAYANGI DIRI ANDA.

Friday, November 20, 2009

AGAMA

MANUSIA DAN RAGAM NYA MENURUT IMAM SAFIE
1Orang yang pandai dan dia sendiri sedar ia nya seorang yang pandai ini lah dia orang alim yang sabenar nya maka bertanya lah kamu semua kepada nya
2Orang yang pandai tetapi dia tidak menydari ia nya saorang yang pandai ini lah dia orang yang lalai ,maka kamu kejut kan dia.
3Orang yang tidak pandai dan ia nya sedar akan kebodohan nya itu ,ini lah dia orang yang bodoh atau jahail ,maka kamu pertunjok ajar lah dia.
4Orang yang tidak pandai dan tidak sedar pula bahwa dia orang yang tidak pandai,ini lah orang yang pasik lagi bahaya, maka berjaga lah kamu daripada nya.

AGAMA





  1. Maksud Agama itu ialah kita tunaikan perintah Allah sama ada kita faham atau tidak faham
  2. Amalan itu hendaklah dilakukan mengikut kehendak Allah seperti yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Walaupun banyak amalan dibuat tetapi kalau tidak ikut cara yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W atau sunnahnya, Allah tidak akan beri kejayaan
  3. Setiap urusan dalam agama itu tidak bebas hanya sa-nya hendak diikut cara Rasulullah S.A.W. 
  4. Setiap Pengusaha agama mesti melihat kelemahan diri sendiri dan jangan melihat kelemahan orang lain dan hendaklah jaga keikhlasan. Syaitan senantiasa mengusaha untuk menyesatkan
  5. Kadang-kadang manusia sangka dia berusaha kerana ALLAH, tetapi caranya bertentangan dengan kehendak ALLAH dan cara Rasulullah S.A.W. Kalau kita tertinggal satu perintah agama, ini adalah satu kekurangan. Tetapi kalau kita mengadakan sesuatu dalam agama, perkara yang tidak disuruh oleh ALLAH dan Rasul-Nya, maka ini adalah satu kerugian
  6. Adat resam yang bertentangan dengan agama mesti ditentang

Renungan di Hari Jumaat



"Hanya Iman yang akan menjamin kebahagiaan kita di dunia dan akhirat, bukan harta yang tinggi bergunung, bukan pangkat yang sarat di dada, kiranya saudara berbangga darjat pula.....
Maka, asal saudara-saudara semua ialah dari Adam dan Hawa, tidak ada semulia-mulia orang di sisi ALLAH melainkan orang yang BERIMAN dan BERTAQWA."


"Apa juga corak perjuangan jika tidak dikemudikan dengan kesabaran, tabah hati dan ilmu pengetahuan tidak akan mendapat kejayaan."


"Agama untuk pembimbing sekelian makhluk, bukan makhluk untuk pembimbing agama."


"Lidah adalah cermin hati seseorang; apa yang difikir oleh hati akan dimadah oleh lidah."


"Rupa yang manis tidak akan berkekalan selamanya, tetapi perangai yang lemah lembut, budi bahasa yang halus, itu lah yang meninggalkan nama."

Thursday, November 19, 2009

SEBAB -SEBAB Kemiskinan Orang Melayu



  1. Tidak dapat mengawal hawa nafsu
  2. Tidak mempunyai iman yang teguh, dan percaya kepada kekuatan ghaib
  3. Tidak mempunyai sense of 'responsbility'
  4. Tidak ada 'sense of duty'
  5. Tidak rela berkorban
  6. Tidak mempedulikan kebajikan rakyat dan masyarakat
  7. Walaupun sudah 600 tahun memeluk agama Islam, masih mengelirukan pengaruh Tauhid dan Taqlid
  8. Agama dan Bidaah dicampuradukkan
  9. Kekurangan perangai yang mulia dan pekerti yang tinggi
Dipetik dari; Za'ba 1923 - The Poverty of The Malay

Wednesday, November 18, 2009




"Sahabat yang baik ialah bila memandangnya kamu teringat kan Allah,
percakapannya menambahkan ilmu mu,
dan amalan nya mengingatkan kamu kepada kampung akhirat."

Pesan Seorang Guru

"Orang yang beroleh kemenangan yang nyata iaitu orang yang taat menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegah-Nya...dan jika tidak, nescaya pergi lah (lenyap) kepenatan hal keadaan sia-sia"

Qoute of the Day

"The Spiritual warrior is he who breaks an idol; and the idol of each person is his ego."


Seloka Pesan-Berpesan

Dengarlah teman dengarlah kawan,
Ingin sekali ku memberi pesan,
Hidup di dunia tanpa sempadan,
Hanya Ilmu jadi panduan.


Penuhi dada ilmu agama,
Penuhi jiwa akhlak mulia,
Agar hidup tak terhina,
Allah kan beri ganjaran pahala.


Dosa maksiat tinggal-tinggalkan,
Berbakti hidup sepanjang zaman,
Negara kita akan aman,
Adanya rakyat bersifat ehsan.


Pakaian hidup akhlak dan budi,
Hiasan diri setiap insan,
Sesama hidup saling hormati,
Hasad dan dengki segera jauhkan.


Teruskan mara terus berjuang,
Demi sebuah keazaman,
Kita sebagai benteng dan tiang,
Dalam membangun negara aman.

Tuesday, November 17, 2009

Renungan

       Adapun diri manusia itu sentiasa kurang dan rendah amat perlu kepada usaha-usaha bagi memperbaiki serta berkehendak pada masa yang cukup yang membolehkan ia sampai kepada kesempurnaan. Contoh gambaran manusia yang sempurna ialah manusia yang mengumpulkan pada dirinya semua kebaikan dan keistimewaan yang ada pada berbagai-bagai umat yang sempurna akhlaknya. Iatu umpamanya, ia berdarah keturunan Parsi,  berugama dengan ugama Islam, berkebudayaan dengan kebudayaan Iraq, mengikut sistem cara hidup orang Masihi, beribadat seperti orang Syam (kuat beribadat), berilmu seperti orang Yunani, berpengalaman seperti orang India, berkelakuan seperti orang Suffi, berakhlak seperti akhlak Malaikat, dan berfikir dengan fikiran Rabbani, serta mempunyai Ma'rifat daripada ALLAH...inilah manusia yang sempurna.


"Orang yang lemah ialah orang yang tidak berjaya mendapat kawan, dan orang yang lebih lemah lagi ialah orang yang gagal memelihara kawan-kawan yang didapatinya.."
....Saidina Ali

Saturday, November 14, 2009

Nasihat Buah Pukul







Orang jahat ialah perkataan nya dan kelakuan nya menuyuruh orang marah.
Orang yang celaka itu ialah orang yang menolong orang menggali kuburnya.


HIDUP KITA DI DUNIA; kalau tidak menolong orang jangan lah menyusah kan orang.
Ada pun orang itu terbahagi empat :


1.pandai bacakap dan pandai buat(ini bagus)
2.tak pandai bacakap tetapi boleh buat (ini bagus
3.pandai bacakap tak tahu buat (ini tak bagus)
4.tak pandai bacakap tak tahu buat (ini tak bagus)

Kalau pun kita pandai jangan lah di cakap kan sangat
Kalau pun kita berani jangan lah di tunjuk kan sangat
Kalau pun kita penakut jangan lah di nampak kan sangat
Kalau pun kita bodoh jangan lah di terang kan sangat
Kalau pun kita kaya jangan lah di heboh kan sangat
Kalau pun kita meskin jangan lah di ketara kan sangat


*BELAJAR BUAH PUKUL INI tidak susah dan tidak senang
kalau susah tiada orang dapat dan kalau senang ramai orang dapat

Wahai anak ku muda terbilang kesukaran menuntut bukan kepalang
enam sayrat jangan lah kurang akan di nayta dengan terang
CERDIK dan TAMAK hendak lah ada BERSUNGGOH2 WANG pun ada
GURU pintar mahu pun ada PANJANG KAN MASA jangan lah tiada.

"APA BILA MATI ANAK ADAM TERPUTUS LAH AMALAN NYA
Melain kan TIGA macam AMAL yang tiada putus;
  1. SEDEKAH JERIAH (yang berkekalan fadeah)
  2. ILMU yang memberi manfaat
  3. ANAK yang mendoakan dia"

-Hadith Nabi





Friday, November 13, 2009

Tujuan Buah

Maksud tujuan buah ada 2
  1. Tidak hendak kena
  2. Hendak mengena
Maka cara-cara tidak hendak kena dan hendak mengena itulah yang dinamakan BUAH. Contohnya jika kita tengok orang bertumbuk. Si 'A' itu tidak kene penumbuk lawannya, sebaliknya penumbuk si 'A' mengena lawannya. Maka, kita pergi jumpa si 'A' untuk belajar macam mana caranya dia boleh tidak kena dan boleh mengena (BUAH nya), atau dipanggil RAHSIA. Bila si 'A' sudi mengajar kita apa yang ingin kita ketahui tadi, maknanya dia telah membuka RAHSIA dia kepada kita. Sebab itu lah dikatakan RAHSIA murid pada guru dan RAHSIA guru pada murid.
Maka sebab itu lah orang buat gelanggang bertutup dan hanya muridnya sahaja yang boleh tahu RAHSIAnya. Oleh itu, bagi pihak kita (murid)tidak boleh membuka RAHSIA kepada sebarang orang.jika kita buat begitu bukan saja RAHSIA kita terbuka malah RAHSIA rakan2 seperguruan kita, GURU kita dan rakan2 seperguruan GURU kita semuanya turut terbuka sama kalau semua orang tahu itu bukan RAHSIA lagi apa kata kalau yang tahu itu MUSUH kita,oleh sebab itu pada permulaan hendak belajar dulu di kehendaki kita memberi pengeras dan ber emas sepuluh mengaku MURID CONTOH seperti kahwin setelah diijab kabul diberi emas kahwin baru boleh diserah segala RAHSIA Tujuan Buah ialah tidak hendak kena hendak mengena jika tidak hendak kena mesti buat salah satu dari empat perkara:
  1. Yang menuju SIMPANG KAN
  2. Yang kena tuju BERALIH
  3. Ada kan DINDING
  4. Jangan beri SAMPAI






Thursday, November 12, 2009

Hari Wajadiri Daerah Mersing 2009

video

Pesan Seorang Guru


"Ketika menghadapi musuh, anggap lah musuh itu adalah manusia biasa. Dia serupa dengan kita. Kalau musuh itu mempunyai dua kaki dan dua tangan, kita pun begitu juga. Jadi, apa yang hendak ditakutkan. Kita gunakan apa yang kita pelajari dengan benar-benar yakin dan berhati-hati dan bertawakkal, jangan sekali-kali meletakkan perasaan di hadapan. Sebaliknya, letakkan akal di barisan penyerang utama, kemudian tenaga di barisan ke dua. Kedua-dua barisan ini hendaklah kita serahkan kepada ALLAH kerana DIA yang maha mengetahui segala-galanya"


"Biar belajar lambat tetapi padat, jangan belajar banyak, tetapi tidak satu pun dapat."

"Yakin dengan ilmu itu bererti kita yakin terhadap ilmu yang kita tuntut dan yakin untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain, kita percaya pada diri sendiri bahawa apa yang dipelajari selama ini dapat mencapai kehendak yang kita hajati tanpa sebarang keraguan"






Renung Sejenak..

  • Kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya
  • Alang-alang tetak biar putus, alang-alang giling biar lumat
  • Jangan sampai - kalah jadi arang, menang jadi abu
  • Alang-alang berdakwat. biar sampai hitam
  • Kuat simpulan kerana ikatan, kuat pendekar kerana kepintarannya
  • Sekali kita berdayung, dua tga pulau dilampau
  • Silat lambang budaya serumpun
  • Tidak ada umpat yang membunuh, tidak ada puji yang mengenyang
  • Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
  • Rumpun bak serai, junjung bak sirih
  • Memanjat dari pangkal, membaca dari Aliff, membilang dari 1
  • Kalau pandai meniti buluh, selamat badan sampai seberang
  • Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak
  • Kata bersahut, gayung bersambut
  • Semahal-mahal gading, kalau patah hilang harganya
  • Patah sayap bertongkat paruh, patah galah bertongkat bahu
  • Membujur lalu, melintang patah
  • Biar putih tulang, jangan putih mata
  • Anda gopoh, anda roboh
  • Tanah sedepa jadi sehasta, dari sehasta jadi sejengkal
  • Habis beras sumpit digulung
  • Bermain-main helah ada untungnya, terkena helah buruk padahnya
  • Jangan sampai helang mencuri telur pipit
  • Kalau dipuji jangan lekas bangga, kalau dikeji jangan lekas putus asa
  • Pendekar hanya di uji dalam kecemasan-demikian kata pepatah melayu
  • Kita belajar dari kesalahan yang telah kita lakukan dengan sendiri atau kesilapan yang dilakukan orang lain
  • Sebelum bersedia teruk mengena, sudah bersedia luka mengena
  • Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang
  • Mengalah yang bukan kalah, tetapi mengalah untuk membuka langkah
  • Biar murid sedikit asalkan menjadi, dari ratusan murid yang tidak menjadi
  • Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya
  • Belum cuba belum tahu
  • Rumah tercagar, tikus habis lari
  • Bijak berbahasa tapi kurang berjasa, pandai berkata tapi kurang terkota dan dada berilmu tapi tidak sebulu
  • Jika tersilap langkah, hilang pertimbangan. Kalau tersilap tangan, akan terkunci lengan
  • Dalam gelanggang selangkah itu hidup dan selangkah itu mati
  • sama tetapi tidak serupa, serupa tetapi tidak sama
  • Belum pandai si penukang kalau jari tak terketuk penukul
  • Kalau tak kena, bererti belum pandai
  • Kalau tak mahu di makan besi, buat baik lah dengan besi
  • Jangan abu jadi debu
  • Budaya melambangkan bangsa, hilang budaya hilang lah bangsa

Peringkat Ilmu Buah Pukul

Assalamualaikum.

Dalam menuntut buah pukul ada 3 peringkat;

  • Peringkat Pertama
Permulaan belajar peringkat ini, murid hanya menyerah diri kepada Guru. Baginya Guru adalah segala-galanya. Buat apa yang diarah tanpa banyak soal. (Jadikan diri seperti mayat)

  • Peringkat Kedua
Dalam peringkat ini, apa yang di pelajari akan diperbaiki, dimantapkan, dihalusi, diterangkan maksud-maksud dan tujuan Lian, Tumbok, Pukul, Lapis, Gelut, Diam, Gerak, Gayung, Ruang, Belbat, Jurus, Main Gerak-Anggota, Bunoh, Ambik, Turut.

  • Peringkat Ketiga
Dalam peringkat ini, pencapaian kemantapan yang tinggi hingga boleh mengolah BUAH sendiri. Dalam LIAN ada banyak BUAH tersembunyi. Apabila sudah menggali dan mengolah BUAH sendiri. TAPI dia mesti tetap ingat kepada GURU ASAL dan TIDAK MEMUTUSKAN hubungan dengan Guru. (Jika suci muhibah dengan Guru, ia akan membuka HIJAB yang mendinding pada pintu YAKIN. Ingat oleh mu, akan bagi ingat yang tiada lupa selama-lamnya).

Wassalam...

Ahlan Wasahlan


"Jangan mudah terkinja-kinja,
apatah pulak di jual jaja..
jangan diumpat jangan dipuja,
sedikit kan cakap banyak kan kerja."

--kata-kata Pak Sani